Masjid Abu Hurairah
Dalam Proses Pengesahan
Identiti telah disahkan. Maklumat akaun bank sedang dalam proses pengesahan.
Kisah & Keperluan
Masjid Abu Hurairah terletak di Batu 5, Kampung Batu, Jalan Ipoh, W.P. Kuala Lumpur. Masjid ini menyediakan perkhidmatan solat, pengajian dan aktiviti kemasyarakatan untuk komuniti setempat.
Maklumat
| Nama | Masjid Abu Hurairah |
| Alamat | Batu 5, Kampung Batu, Jalan Ipoh |
| Negeri | W.P. Kuala Lumpur |
| Kod SISMIM | 1401011 |
Sejarah
Sebelum adanya Masjid Abu Hurairah yang terkini, Kampung Batu mempunyai sebuah Masjid yang kecil terletak di tepi jalan yang berhampiran dengan Sungai Batu. Lokasinya ialah bersebelahan dengan bangunan Masjid Abu Hurairah yang sedia ada. Ianya dapat menampung anak-anak kariah sekitar kawasan Kg Batu ini yang tidak begitu ramai pada masa itu. Untuk tujuan Solat Jumaat, Masjid ini pada waktu itu dapat menampung ahli-ahli tentera dari Kem Batu Kentonmen dan kawasan setinggan Kg Stesyen yang kini sudah tidak wujud lagi. Dalam tahun-tahun tujuh puluhan, kawasan ini mula membangun dengan begitu pesat dan wujudnya Taman-Taman Perumahan seperti Kompleks Rumah Pangsa Jalan Kuching, Taman Sri Delima, Taman Beringin dll yang menyebabkan sebuah Masjid yang lebih besar amat ketara diperlukan. Lalu ditubuhkan sebuah Jawatankuasa Penaja Pembinaan Masjid Baru yang diketuai oleh bekas Senator Haji Ibrahim Yaacob (Allahyarham) Bermulalah satu kempen kutipan derma untuk pembinaan Masjid baru secara intensif dan meluas. Sumber sumbangan yang kedua ialah daripada pihak Kerajaan Negeri Selangor dibawah pimpinan Menteri Besar pada ketika itu iaitu Allahyarham Dato’ Haji Harun Idris. Ini kerana pada peringkat perancangan Masjid baru ini Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masih belum lagi wujud. Sumber sumbangan yang ketiga ialah daripada Kerajaan Pusat dibawah Perdana Menteri pada ketika itu iaitu Allahyarham Tun Haji Abd Razak bin Hussein. Hasil daripada kutipan ini dan sumbangan Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Pusat bermulalah kerja-kerja pembinaan pada tahun 1973. Tidak dapat maklumat kos sebenar pembinaan Masjid baru ini. Pembinaan Masjid baru ini dibuat di atas tapak tanah Kerajaan yang terletak bersebelahan dengan bangunan Masjid yang lama. Masjid yang telah siap dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri Kedua Allahyarham Tun Haji Abd Razak bin Hussein pada 21 Mac 1975. Masjid baru ini diberi nama Masjid Jamek Kg Batu. Oleh kerana kebelakangan ini kebanyakan Masjid-Masjid dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diberi nama-nama yang lebih khusus, maka mulai 1 Julai 2007 Masjid Jamek Kg Batu ditukar kepada Masjid Abu Hurairah.
Binaan
Masjid Baru yang diketuai oleh bekas Senator Haji Ibrahim Yaacob (Allahyarham) Bermulalah satu kempen kutipan derma untuk pembinaan Masjid baru secara intensif dan meluas. Sumber sumbangan yang kedua ialah daripada pihak Kerajaan Negeri Selangor dibawah pimpinan Menteri Besar pada ketika itu iaitu Allahyarham Dato’ Haji Harun Idris. Ini kerana pada peringkat perancangan Masjid baru ini Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masih belum lagi wujud. Sumber sumbangan yang ketiga ialah daripada Kerajaan Pusat dibawah Perdana Menteri pada ketika itu iaitu Allahyarham Tun Haji Abd Razak bin Hussein. Hasil daripada kutipan ini dan sumbangan Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Pusat bermulalah kerja-kerja pembinaan pada tahun 1973. Tidak dapat maklumat kos sebenar pembinaan Masjid baru ini. Pembinaan Masjid baru ini dibuat di atas tapak tanah Kerajaan yang terletak bersebelahan dengan bangunan Masjid yang lama. Masjid yang telah siap dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri Kedua Allahyarham Tun Haji Abd Razak bin Hussein pada 21 Mac 1975. Masjid baru ini diberi nama Masjid Jamek Kg Batu. Oleh kerana kebelakangan ini kebanyakan Masjid-Masjid dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diberi nama-nama yang lebih khusus, maka mulai 1 Julai 2007 Masjid Jamek Kg Batu ditukar kepada Masjid Abu Hurairah. BINAAN
Kemudahan
- Khutbah Multimedia
- Tadika
- Tempat Letak Kereta
- Kuaters
- Tanah Perkuburan
- Van Jenazah dan Pakej Pengurusan Jenazah.
Peta
Sumber data: Portal SISMIM
Butiran Bank
Dalam Proses Pengesahan
Maklumat akaun bank bagi Masjid Abu Hurairah sedang dalam proses pengesahan oleh pihak kami.
Butiran pembayaran akan dikemas kini setelah pengesahan selesai. Sila semak semula halaman ini dari semasa ke semasa.
Pembayaran Mudah
Imbas & Hulur
Gunakan aplikasi bank pilihan anda
Kod QR DuitNow Belum Tersedia
Kod QR pembayaran bagi Masjid Abu Hurairah masih belum disediakan. Kod QR rasmi akan dimuat naik setelah proses pengesahan akaun bank selesai.
*Imej kod QR di atas adalah contoh sahaja dan bukan kod pembayaran sebenar.
100% hadiah anda akan terus masuk ke akaun bank penerima.
Lihat Penerima Lain